Assalamualaikum
weee semalam ie masak ayam bakar rosemarry and alhamdulillah menjadi. housemates and si dia kata sedap. oo "si dia" tu pandai masak tau. sebab tu rasa tergugat kalau xreti masak. dia pernah ketam masak lemak cili api. woooshhh sedap! ie pun xreti nak wat. adushhhh malu. sebab belajar jauh sebab tu ramai org pandai masak. we have to cook to survive. hehe
k ie dapat resepi ni dari blog kak denuanza. resepi ni senang untuk ie. sebab menu lain banyak guna 1 ekor ayam.
bahan:
1/2 ekor ayam- ie guna 2 bhgn peha
4 biji bawang putih
1 inci halia
3 sudu besar madu
1 sudu kecil lada hitam biji
1 sudu teh jintan manis (kasar)
2 biji kentang
1 biji tomato
2 biji lobak merah
sedikit daun rosemary kering
2 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar jus lemon/ limau nipis
cara:
bersihkan ayam- cucuk2 ngan garfu - ketepikan
kupas kentang, rebus 1/2 masak, angkat dan ketepikan (rebus agak2 10 mnt)
tumbuk halia sampai lumat- pastu gunakan penapis, perah airnya- lumur air halia pada ayam
panaskan minyak zaitun, goreng bwg putih sampai kekuningan- ketepikan
tumbuk lada hitam + jintan separuh halus
pastu masukkan bwg putih, samb tumbuk lagi
campurkan bahan2 tumbuk ngan sedikit minyak goreng bwg td (dlm 1 sudu kecil je)
lumurkan bahan2 tumbuk ni pada ayam + garam + madu + jus lemon
ratakan bg semua bahan sebati (lumur sekali pada kentang dan tomato)
taburkan daun rosemary- depan belakang ayam
ie perap dekat satu hari gak. buat sebelum class then masak after balik kelas
then ie bakar je kat 1 jam lebih sebab ie punya pembakar ni api bawah sahaja and tak de suhu sobsobs :(
(kalih2kan selepas permukaan atas garing)
finally siap! nyum2. jom makan dengan nasi!
btw ie suka makan pedas rasanya lagi sedap kalau tambah serbuk cili :)
jom try resepi ni!
No comments:
Post a Comment